Friday, 14 August 2015

Throwback Syawal 2011-2015

Assalammualaikum semua...

Di Syawal yang ke 29 ni saja la aku nak share dengan korang moment-moment aku sambut raya dari 2011-2015. Actually, aku kahwin 2009 lagi tapi tak dak gambar yang aku boleh share dengan korang. Sebabnya semua softcopy gambar yang aku simpan dalam laptop telah musnah...huhuhu...musnah la sangat. Ceritanya laptop aku tetiba rosak. Hantar p kedai, cek punya cek kena format balik. Sayangnya la...tak boleh buat apa lagi. Semua data dalam laptop tak dapat diselamatkan huhuhuhu...sedih ni sedih. Dari situ, moral of the story kena ada back up untuk semua gambar. Dah simpan dalam laptop, simpan plak dalam portable hard disc, simpan lagi dalam cd rom, simpan lagi dalam pen drive....ha kan...dah banyak softcopy ada...tak risau dah lepas ni. Tapi harap2 jangan la laptop aku rosak lagi...duit...tu....

K jom layan gambar raya family aku...


Ni gambar raya tahun 2011, 30 Ogos 2011 bersamaan 1 Syawal 1432h. Kami beraya di kampung laki aku di Kg. Napong 1, Ranau. Ni la pertama kali kami beraya bertiga. Anak aku yang pertama S.N Azzalea lahir pada 24.04.2011. Jadi time raya ni umur Azza dah masuk 4 bulan lebih. Bestnya beraya bertiga, pergi mana orang tengok, orang tanya pasal baby kita ja. Aku pun excited berkongsi pengalaman melahirkan Azza. Dah nama anak pertama kan. Pengalaman pertama kali melahirkan pun nak kena share juga...hahaahahah. Tapi raya tahun 2011 ni aku tak banyak jalan sebab Azza menyusu badan jadi segan juga la nak bagi susu anak time beraya di rumah orang kan. Jadinya beraya paling lama pun 30 minit dah salam minta izin balik rumah.


Ni gambar raya tahun 2012, 19 Ogos 2012 bersamaan 1 Syawal 1433h. Tahun 2013 turn beraya di kampung aku plak. Kampung aku sebenarnya di Kg. Telisai Tungku, Lahad Datu. Tapi pagi raya lepas solat sunat raya, bersalam-salam, isi perut baru kami gerak balik kampung untuk beraya dengan keluarga di sana. Jarak kampung dari rumah kami pun tak la jauh sangat. 45 minit perjalanan menaiki kereta saja. Raya ni kami masih beraya bertiga...tapi...tapi nampak tak muka aku pucat, kusam, badan berisi?hahaha...dah boleh agak kan...Yes, aku mengandung anak yang kedua. Kandungan aku baru mencecah 5 bulan time raya ni. Kiranya kami beraya bertiga setengah la kan...boleh ka kira gitu?hahhhahaaa. Baby 2nd ni dijangka lahir bulan 12...Baby hujung tahun. Yang bestnya, walaupun aku mengandung, baby dalam perut sangat-sangat baik. Makan la apa juadah pun, tak da nya dia meragam. Mungkin baby suka makan juga kot....alahan? aku tak da alahan time mengandung 2nd baby ni...


Ni gambar raya 2013, 08 Ogos 2013 bersamaan 1 Syawal 1434h. tarrrraaaaa....nampak tak? 2013 kami beraya berempat sudah. Bertambah ahli baru pada raya tahun ni. S.N Ariesya yang lahir pada 14.12.2012. Raya ni umur Ariesya masuk 8 bulan. Hari raya pertama kami beraya di kampung laki ku. Gambar ni diambil pada hari raya ketiga di rumah aku di Felda Sahabat 16. Double bestnya beraya dengan sumandak-sumandak ni...tapi...tapi, anak-anakku sangatlah penakut dengan orang. Pergi beraya pun sekejap saja, anak-anak minta balik. Ikut beraya pun sorang duk dengan daddy dorang, sorang lagi duk dengan aku. Raya tahun ni aku banyak duduk di rumah ja. Anak-anak aku lagi selesa di rumah dari bejalan p beraya. 


Ni gambar raya tahun 2014, 28 Julai 2014 bersamaan 1 Syawal 1435h. Kami beraya di kampung ku. Kami masih lagi beraya berempat pada tahun ini. Yang lucunya, ke mana pun kami beraya mesti ada soalan yang aku kira bonus. Aik, anak mu kembar? Lucu tak?hahhahah....bagi aku, aku hairan. Macamana orang boleh fikir aku ada anak kembar? Sedangkan tiap tahun aku balik beraya juga di kampung. Tak da lah plak mak aku bagi tau yang dia dapat cucu kembar...rupanya orang tengok besar badan sumandak-sumandak ku ni hampir sama. Yang adik ni, Ariesya cepat sangat naik badan. Tu yang orang tengok macam kembar...ke kami nak ada rezeki dapat anak kembar nanti?hahhahahah...

Dan ni gambar raya yang terbaru, tahun 2015...17 Julai 2015 bersamaan 1 Syawal 1436h. Kami masih lagi beraya berempat. Nampak tak sumandak-sumandak kembar kami tu?kunun...dah jadi kebiasaan. Memang macam kembar sudah. badan pun tak jauh beza, muka pun macam seiras ja. Raya tahun ni kami beraya di Felda Sahabat, rumah mak aku. Triple bestnya raya tahun ni, aku D.I.Y baju raya ku sendiri, sumandak-sumandak ku. Baju laki aku beli yang readymade ja. Aku belum lulus buat sepasang baju melayu lengkap. Kuih raya pun kami adik-beradik perempuan yang 3 orang ja buat sendiri. Sumandak-sumandak aku dah besar sikit. Azza dah 4 tahun 3 bulan, Ariesya 2 tahun 7 bulan. Dorang pun dah jadi berani sikit berbanding raya sebelum ni. Aku pun dengan senang hati bolehlah luangkan masa, kerahkan tenaga menolong membuat persiapan raya di rumak makaku.

Tu la moment raya family aku yang dapat ku kongsikan. Best juga dapat flash back moment-moment raya ni. Nanti anak-anak dah besar boleh la cerita panjang-panjang pasal raya dorang masa kecik-kecik.

Raya next year tak tau lagi samada masih berempat atau berlima...ka berenam?hahaha....

No comments:

Post a Comment