Friday, 21 August 2015

SANTAI : TENANG DI MASJID DARUL ISTIQAMAH, KPG. LUAK, MIRI

TENANG DI MASJID DARUL ISTIQAMAH

Assalammualaikum semua...Di hari Jumaat yang indah, aku mo berkongsi tentang gelagat anak-anakku bila di bawa ke masjid. Masjid ni di beri nama Masjid Darul Istiqamah, yang terletak di Kampung Luak, Miri. Masjid ni dekat ja dengan rumah sewa kami. Kalau nak jalan kaki pun boleh...tapi..tapi..anak-anak kami tak tahan jalan jauh sikit pun, jadi kena juga naik kereta. Tak pasal-pasal baru separuh jalan dah ajak balik, tak pun minta dukung....1 hal la pulak kan..

Alhamdulillah, semakin dorang membesar semakin behave. Dulu time kecik cenonet dorang ni penakut lah sangat. Nak bawa ke masjid memang ralat. La ni dah besar senang sikit bawa ke masjid. Aku pun boleh lah mengerjakan kewajiban dengan tenang.

Nak share juga ni...telekung yang anak-anak aku pakai ni aku D.I.Y. Telekung ni antara hasil D.I.Y aku yang mula-mula aku jahit dengan mesin jahit yang suami aku hadiahkan pada aku...Tentiu abang... Aku jahit telekung ja, kain telekung aku tak jahitkan dorang sebab, nanti ada pulak yang tersungkur kan. Tak pe, nanti aku akan jahitkan set telekung lengkap untuk dorang juga.

K kita layan gelagat dorang ya. Tak banyak pun si....kit ja k...

Adik....

kakak...

Adik, jalan p mana pun, botol ni juga yang dia ingat....

cak...cak....kakak

adik nak ikut solat ni...

adik khusyuk dengar tazkirah ustaz...

tentiu kakak sayang. Time mommy solat, kakak yang ganti mommy tengok-tengokkan adik

Syukur lah, time puasa 2015 terawih aku hampir cukup sebulan...hampir cukup ya bukan cukup sebulan...kena faham tu...semua pun sebab anak-anak aku yang bersemangat pergi masjid untuk terawih. Syukur sangat dikurniakan anak-anak ini.


Mari kita amalkan doa ini untuk anak-anak kita. Semoga anak-anak kita menjadi anak yang solehah...Amin.



Kepada kita yang bergelar anak, tidak kira lah samada orang tua masih hidup atau sudah meninggal dunia selalulah mendoakan orang tua kita. Tanpa orang tua siapalah kita kan.

Ok, tu ja perkongsian untuk hari Jumaat ini. Semoga semua mendapat berkah dari Allah S.W.T.

No comments:

Post a Comment