Sunday, 23 August 2015

SANTAI : BUAYA....BUAYA...OH NO NO NO

Assalammualaikum semua....

Hahaha...tajuk aku tu...gempak tak...tak cukup gempak lagi? Sebenarnya cerita ni dah lama..basi dah pun...dah selamat masuk dalam photobook lagi. Tapi saja nak share kat sini, mana tau 10 tahun akan datang, bila anak-anak aku dah besar...time tu IT mesti lagi maju kan. Dari dorang buka photobook yang mungkin dah reput time tu baik aku share di diari alam maya aku ni kan. Senang apa buka blog moomy dorang ja pun...kuar la cerita Buaya ni...hehehheh...

Kami pergi Taman Buaya Miri pada 04.05.2014, lama dah kan, lebih setahun yang lepas... Kebetulan hujung minggu, masa untuk menggembirakan hati anak-anak, termasuk aku sekali la. Dah 5 hari terperuk dalam rumah. Sekali suami bawa jalan terus p jumpa buaya....huisy...dahsyat tak dahsyat?

Kami gerak dalam pukul 10.00 pagi. Sepatutnya perjalanan amik masa cuma 30 minit ja dari bandaraya Miri tapi kami sampai dekat pukul 11.00 pagi..huhu...senang ja pun cari jalan tapi ntah macamana kami boleh lambat sampai. Banyak singgah kot...Tapi sekurang-kurangnya sampai juga kan...




Sebelum masuk taman buaya ni kita mesti membayar tiket masuk di pondok tiket. Harga bagi dewasa ialah RM18, kanak-kanak RM10. Tapi anak-anak aku masuk free ja..tak cukup umur...heheheh...













Walaupun namanya Taman Buaya Miri, terdapat pelbagai jenis binatang lain dalam taman ini. Ia amat sesuai untuk anak-anak yang gemar kepada haiwan dan mereka juga dapat belajar sesuatu dalam taman ini. Memandangkan anak-anak aku memang penakut pada mulanya, kami terpaksa tengok dari jauh saja. Sedangkan binatang-binatang itu diletakkan di dalam sangkar kurungan, anak-anak aku masih juga takut untuk datang dekat tengok.








Seronok juga dapat luangkan masa dengan keluarga. Kalau korang pun teringin nak p taman ni, silalah luangkan sedikit masa dihujung minggu korang ya. Bagi yang ada anak-anak  yang dah besar sikit lagi best sebab boleh ajak anak-anak ikut aktiviti yang turut diadakan di taman ini. Antaranya bagi makan buaya, bagi makan monyet, bergambar dengan binatang terpilih, menunggang kuda pun ada k. Ni alamatnya, boleh set masa awal-awal kan...

Lot 164, 24km Miri-Kuala Baram Road, 98000 Miri, Sarawak, Malaysia
Telefon: 085-650588 (Untuk Sebarang Pertanyaan, Boleh Hubungi Talian Ini)

No comments:

Post a Comment