Thursday, 20 August 2015

SANTAI : JALAN-JALAN KE NEW ZEALAND....SABAH !!!

JALAN-JALAN KE NEW ZEALAND, SABAH

Assalammualaikum semua....Wah !!!!...tajuk kemain kan...

Penghujung Mei 2014, aku dan family balik ke Ranau kerana anak buah suami aku bakal melangsungkan perkahwinan pada 30 Mei 2014. Alang-alang dah balik Ranau, aku mengambil kesempatan mengajak suami melancong ke kampung ala-ala New Zealand...hahhahahah... 

Pernah tak korang bermimpi nak ke luar negara tetapi budget tak cukup??? Jangan risau, percutian ala-ala New Zealand ada di Desa Cattle Dairy Fairy Farm / Ladang Tenusu Desa, Kundasang, Sabah. Ia merupakan ladang ternakan lembu tenusu dengan keluasan 199 hectar dan terletak di Tanah Tinggi Mesilau, Kundasang (2100 meter dari paras laut). Ia merupakan padang ragut yang hijau dan sangat menyegarkan. Udaranya sangat nyaman dan sejuk kerana ia berada benar-benar di kaki Gunung Kinabalu. Ladang yang terletak sejauh kira-kira lapan kilometer (km) dari pekan Kundasang ini memiliki 680 lembu tenusu diusahakan Desa Cattle (S) Sdn Bhd, termasuk baka Fresian yang diimport dari New Zealand dan Australia.

Jom layan moment yang sempat dirakam...

















Kalau korang pun nak pergi tempat ni, ni alamat k...jangan sampai sesat pulak. Kalau masih tak jumpa jalan, manis-maniskan lah mulut untuk bertanya dengan penduduk di sekitarnya. Dorang semua peramah, tak makan orang pun...hehehhehe

Desa Cattle (Sabah) Sdn. Bhd.
P.O.Box 71, 89308
Mesilau Highland, Kundasang, Ranau, Sabah.

No comments:

Post a Comment