Assalamualaikum...
Salam 14 RAMADHAN 1437h...
Yeay baju raya hakak dah siap....Best tau bila berjaya siapkan baju raya awal. Awal ke? dah pertengahan Ramadhan kan....
Raya tahun ni tema family kecik hakak PURPLE & YELLOW. Bagi sebelah family besar, takdak tema...tema pelangi...suka hati nak kaler apa...hahhaha.
Semua baju perempuan dalam family hakak, hakak jahitkan baju diorang. Simple disign saja pun, jubah. Cuma adik yang sorang tu nak ada fesyen sikit. Baju dia yang last hakak jahit.
Best juga dapat jahit sendiri baju raya. Banyak penjimatan disitu. Ye lah memang raya setahun sekali tapi tak bermakna boleh membazir setahun sekali kan...ke berkali-kali????adadai....
K jom layan baju raya untuk tahun ni...
Ni baju untuk mak & bapak hakak. Mulanya plan nak kaler MAROON tapi kain maroon takdak. Tertukarlah kaler ROYAL BLUE. Baju untuk bapak hakak ni combo hadiah sempena hari bapak (19 June 2016) & harijadi bapak hakak (20 July 2016).
Tarraaa...ni baju untuk RAYA PERTAMA kami. Baju en.Suami beli readymade jer... baju hakak & sumandak 2 orang tu, D.I.Y ok...jimat...baju saya jubah A-Line, baju sumandaks kurung punjabi.
Ni baju untuk raya kedua. Tema YELLOW. Baju en.Suami beli readymade lagi. Baju hakak & anak-anak mestilah jahit sendiri. hehhehe...baju hakak mini kurung, sumandaks design batwing kurung.
Ni baju untuk adik perempuan hakak yang 2 orang tu, Aunt Uda & Aunt Teha. Aunt Uda minta jubah A-Line jer. Aunt Teha demand sikit. Nak design macam tu....ntah apa nama design ni. hakak panggil nursing blouse, tapi dia nak juga. Sebenarnya dari raya last year lagi dia dah usha-usha nak design macam ni. Hakak tak pernah jahit baju macam ni tapi demi adik, usaha juga lah.alhamdulillah berjaya.
Ni bukan baju 3 stooges k...hahahahah....ni baju melayu readymade untuk adik lelaki hakak yang 3 orang tu. Uncle Lan, Uncle Juan & Uncle Adik. Sebenarnya hakak ada sorang lagi adik lelaki tapi hakak tak belikan baju melayu. Dia nak cari sendiri, KURTA katanya... Biasa lah dah meningkat remaja jadi selera baju raya nak cari sendiri kan. Jadi memang takdak gambar baju KURTA dia disini. Tunggu raya baru ada yer.
Tak sabar rasanya nak balik kampung beraya. Tahun ni hakak beraya di Felda Sahabat 16 dulu, raya ke3 @ 4 macam tu baru balik kampung en. Suami di Kg. Napong 1, Ranau.
Hari-hari mengira bila nak balik kampung. Excitednya kami anak-beranak nak balik kampung...korang bila balik kampung? Baju raya dah ready? kasut ray? kuih raya?duit raya? mak oi....banyaknye rayeee......
No comments:
Post a Comment