Monday, 6 June 2016

Persiapan raya 2016 (1 ramadhan 1437h)

Assalamualaikum...

Dah masuk bulan Ramadhan 1437h. Selamat berpuasa kepada semua muslimin & muslimat. Semoga kita diberi kemudahan dalam menjalankan amal ibadat kita di bulan yang mulia.

Macamana dengan persiapan raya anda ??? Nak juga kan, puasa baru sehari, dah citer persiapan raya. Dasar perempuan...hehhehe...Salah ke tanya persiapan raya? Bagi saya tak lah.normal la kita perempuan nak-nak lagi isteri & ibu. Macam saya, raya pertama 2015 lagi saya dah terfikir nak tema apa untuk 2016. Nampak tak betapa excitednya saya???

Tahun ni macam raya yang sebelumnya, persediaan raya ala kadar sahaja. Baju raya 2 pasang pun dah cukup. Nak baju raya banyak-banyak buat apa? Dah yang penuh 1 almari tu tak boleh pakai ke? Saya tinggal di Miri, satu masalah yang saya hadapi ialah kurengnya kedai menjual kain di Miri. Bukan tak ada, ada tapi...haaaa tengok tu ada tapi lagi kan....kain yang ada tak memenuhi citarasa saya. Saya cari kain yang MURAH, CANTIK, SELESA. OK murah yang pertama. Jadinya bila ada peluang balik kampung (kampung saya di Sabah) saya ambik kesempatan untuk beli kain awal-awal. Tapi ya la, beli awal mood raya tak ada lagi jadi pilih ja la mana yang berkenan. Jadi, cuti sekolah bulan MEI saya minta tolong anak buah suami yang kerja di KK untuk belikan kami kain. Kebetulan ada SALE JAKEL ok...saya ni dah macam anakbuah jakel...bila ada sale, mo terbang p jakel rasanya. dari dulu saya suka beli kain di jakel. mahal? saya beli time S.A.L.E ok...mahal apa RM5.90 semeter?

Bulan 2 hari tu kami sekeluarga balik kampung jadi dapatlah grab 2 pasang kain untuk anak-anak. Untuk saya? tak ada. k utamakan anak-anak dulu. Dah dekat bulan 5 baru saya terfikir nak beli kain lagi. Raya bulan 7 ok. kalau ikutkan toiler taknak terima kain dah bulan 5-6 macam tu. ada pun mungkin tak ramai. tapi saya tak risau sebab saya jahit baju raya kami sendiri. jadi takde hal beli kain bulan 5 ke bulan 6 ke.Penjimatan memang banyak disitu.

Kuih raya? Ni yang excited ni. Anak-anak dah umur 4 & 5 tahun. Awal-awal lagi saya dah bagitau diorang yang puasa tahun ni, kami gotong royong buat kuih raya. Mesti korang heran kan 4 & 5 tahun, apa la sangat yang dorang faham kan. Pandai ke uli doh? helllo...saya ajak gotong royong jadi banyak apa kerja yang anak-anak saya boleh buat. pecahkan telur, tuang tepung, tuang gula, terap biskut...tak pun bagi je seketul doh, tau la dorang buat...hehhehheh. Berapa jenis kuih raya? tu tak pasti tapi saya target dapat buat 5 jenis dah kira ok. Nanti nak bagi separuh pada mertua & family di felda.

Balik kampung??? Kami dah berpuasa di perantauan (perantau lah sangat, Miri). Jauh dari family kan...tanya balik kampung ke hidok???mestilah balik. cumanya kena bagi masa balik kampung mertua (ranau), kampung family (felda sahabat). Dah jodoh macam tu jadi balik kampung pun tang tu la juga.Yang penting dapat bersama family masing-masing. adil kan...

Baju raya, kuih raya, balik kampung...heee tak sabar nau rasanya...saya tak post gambar k, dah raya baru post...surprise lah kunun...

Jadi cerita persiapan raya anda, macamana pulak? share lah yer....

No comments:

Post a Comment