Sunday, 19 June 2016

PERSIAPAN RAYA 2016 : D.I.Y KASUT RAYA ANAK (5 TAHUN)

Assalamualaikum....

Kali ni nak share D.I.Y kasut raya anak saya yang sorang lagi, S.N Azzalea. Post sebelum ni D.I.Y kasut raya yang adik. D.I.Y KASUT RAYA ADIK boleh klik link ni ok....

Nak cerita proses me makeover kan kasut yang kakak ni sebenarnya sama sahaja dengan kasut adik dia...saya cuma tambah blink-blink sahaja dikasut tu. Cuma nak tambahkan seri kasut sahaja. Ye lah kan kasut untuk beraya, bukan nak buat peraga kan...

k layan gambar ya.


Bahan-bahan cuma perlu blink-blink ni sahaja. Saya beli di Mr. DIY. Harga dalam RM2.50 macam tu. lupa dah mak...huhuhu. Gam tak perlu ok. Sebab blink-blink tu dah memang bergam.


Bolehlah fikir-fikirkan design macamana yang korang nak ye. ikut kreativiti sendiri.


Saya cuma ikutkan sahaja blink-blink tu pada garis kasut. just simple jer...


Tarra...ni la kasut baru anak saya....bolehlah kan..naik seri sikit...jangan kalahkan seri pengantin dah lah...opppssss....

Best tau kalau kita rajin buat D.I.Y. Walaupun kasut tu bukan saya yang buat tapi saya touchup kan sikit untuk menaikkan seri kasut. Puas hati jugalah dapat buat macam tu untuk anak. Sekurang-kurangnya ada juga air tangan mak dia pada kasut kan.

K kasut dah ready, baju raya pun dah ready. Nak tau tak, tudung raya anak saya pun saya D.I.Y kan juga...saya buat shawl instant jer...hahahah....semua D.I.Y kan...nanti saya share k.

No comments:

Post a Comment