Sunday, 19 June 2016

PERSIAPAN RAYA 2016 : D.I.Y KASUT RAYA ANAK (5 TAHUN)

Assalamualaikum....

Kali ni nak share D.I.Y kasut raya anak saya yang sorang lagi, S.N Azzalea. Post sebelum ni D.I.Y kasut raya yang adik. D.I.Y KASUT RAYA ADIK boleh klik link ni ok....

Nak cerita proses me makeover kan kasut yang kakak ni sebenarnya sama sahaja dengan kasut adik dia...saya cuma tambah blink-blink sahaja dikasut tu. Cuma nak tambahkan seri kasut sahaja. Ye lah kan kasut untuk beraya, bukan nak buat peraga kan...

k layan gambar ya.


Bahan-bahan cuma perlu blink-blink ni sahaja. Saya beli di Mr. DIY. Harga dalam RM2.50 macam tu. lupa dah mak...huhuhu. Gam tak perlu ok. Sebab blink-blink tu dah memang bergam.


Bolehlah fikir-fikirkan design macamana yang korang nak ye. ikut kreativiti sendiri.


Saya cuma ikutkan sahaja blink-blink tu pada garis kasut. just simple jer...


Tarra...ni la kasut baru anak saya....bolehlah kan..naik seri sikit...jangan kalahkan seri pengantin dah lah...opppssss....

Best tau kalau kita rajin buat D.I.Y. Walaupun kasut tu bukan saya yang buat tapi saya touchup kan sikit untuk menaikkan seri kasut. Puas hati jugalah dapat buat macam tu untuk anak. Sekurang-kurangnya ada juga air tangan mak dia pada kasut kan.

K kasut dah ready, baju raya pun dah ready. Nak tau tak, tudung raya anak saya pun saya D.I.Y kan juga...saya buat shawl instant jer...hahahah....semua D.I.Y kan...nanti saya share k.

PERSIAPAN RAYA 2016 / SYAWAL 1437H : BAJU RAYA DAH SIAP

Assalamualaikum...

Salam 14 RAMADHAN 1437h...

Yeay baju raya hakak dah siap....Best tau bila berjaya siapkan baju raya awal. Awal ke? dah pertengahan Ramadhan kan....

Raya tahun ni tema family kecik hakak PURPLE & YELLOW. Bagi sebelah family besar, takdak tema...tema pelangi...suka hati nak kaler apa...hahhaha.

Semua baju perempuan dalam family hakak, hakak jahitkan baju diorang. Simple disign saja pun, jubah. Cuma adik yang sorang tu nak ada fesyen sikit. Baju dia yang last hakak jahit.

Best juga dapat jahit sendiri baju raya. Banyak penjimatan disitu. Ye lah memang raya setahun sekali tapi tak bermakna boleh membazir setahun sekali kan...ke berkali-kali????adadai....

K jom layan baju raya untuk tahun ni...



Ni baju untuk mak & bapak hakak. Mulanya plan nak kaler MAROON tapi kain maroon takdak. Tertukarlah kaler ROYAL BLUE. Baju untuk bapak hakak ni combo hadiah sempena hari bapak (19 June 2016) & harijadi bapak hakak (20 July 2016).



Tarraaa...ni baju untuk RAYA PERTAMA kami. Baju en.Suami beli readymade jer... baju hakak & sumandak 2 orang tu, D.I.Y ok...jimat...baju saya jubah A-Line, baju sumandaks kurung punjabi.



Ni baju untuk raya kedua. Tema YELLOW. Baju en.Suami beli readymade lagi. Baju hakak & anak-anak mestilah jahit sendiri. hehhehe...baju hakak mini kurung, sumandaks design batwing kurung.



Ni baju untuk adik perempuan hakak yang 2 orang tu, Aunt Uda & Aunt Teha. Aunt Uda minta jubah A-Line jer. Aunt Teha demand sikit. Nak design macam tu....ntah apa nama design ni. hakak panggil nursing blouse, tapi dia nak juga. Sebenarnya dari raya last year lagi dia dah usha-usha nak design macam ni. Hakak tak pernah jahit baju macam ni tapi demi adik, usaha juga lah.alhamdulillah berjaya. 

Ni bukan baju 3 stooges k...hahahahah....ni baju melayu readymade untuk adik lelaki hakak yang 3 orang tu. Uncle Lan, Uncle Juan & Uncle Adik. Sebenarnya hakak ada sorang lagi adik lelaki tapi hakak tak belikan baju melayu. Dia nak cari sendiri, KURTA katanya... Biasa lah dah meningkat remaja jadi selera baju raya nak cari sendiri kan. Jadi memang takdak gambar baju KURTA dia disini. Tunggu raya baru ada yer.

Tak sabar rasanya nak balik kampung beraya. Tahun ni hakak beraya di Felda Sahabat 16 dulu, raya ke3 @ 4 macam tu baru balik kampung en. Suami di Kg. Napong 1, Ranau.

Hari-hari mengira bila nak balik kampung. Excitednya kami anak-beranak nak balik kampung...korang bila balik kampung? Baju raya dah ready? kasut ray? kuih raya?duit raya? mak oi....banyaknye rayeee......

Wednesday, 8 June 2016

MEAL SHAKE SHAKLEE BUY 3 GET 1 FREE

PROMO JUNE 2016
BUY 3, GET 1 FREE
=====================================
Suka kan tengok PROMO
Siapa tak suka ???
Beli 3 dapat PERCUMA 1
.
Jangan ketinggalan GRAB peluang ni
Boleh pakat-pakat beli dengan kawan-kawan
Terus JIMAT kan
=========================================


KEBAIKAN MEAL SHAKE SHAKLEE:-
1. NUTRISI Lengkap
2. Membantu TUMBESARAN
3. ANTIOKSIDA
4. Mengembalikan SERI WAJAH
5. DETOKS
6. Menu BERSAHUR
7. Tambah BERAT BADAN
8. Tambah SELERA MAKAN
8. Ringankan SEMBELIT
=========================================
Hubungi
MARIANI MOHAMAD
+6011-2505 5081
Pengedar SAH SHAKLEE 1200879
MIRI, SARAWAK
MALAYSIA

LECITHIN BUY 3 FREE 1 JUNE 2016

PROMO JUNE 2016
BUY 3, GET 1 FREE
=======================================
Suka kan tengok PROMO
Siapa tak suka ???
Beli 3 dapat PERCUMA 1
.
Jangan ketinggalan GRAB peluang ni
Boleh pakat-pakat beli dengan kawan-kawan
Terus JIMAT kan
=========================================


KEBAIKAN LECITHIN SHAKLEE:-
1. Menyerap VITAMIN A, D, E, K & yang LARUT LEMAK
2. Melindungi HATI
3. Memecahkan LEMAK & KOLESTEROL
4. PELANGSINGAN - elak OBESITI
5. Memperbaiki ELERGIK
6. Menghalang kejadian BATU KARANG
7. Meningkatkan DAYA INGATAN
8. Mengurangkan STRESS / TEKANAN
9. Menghalang TEKANAN DARAH TINGGI
10. Membaiki PROSTAT
11. Meringankan SEMBELIT
=========================================
Hubungi
MARIANI MOHAMAD
+6011-2505 5081
Pengedar SAH SHAKLEE 1200879
MIRI, SARAWAK
MALAYSIA

Tuesday, 7 June 2016

VITAMIN PUASA SHAKLEE

Salam 2 RAMADHAN 1437h

Saya berpuasa berbekalkan 3 vitamin ni. Seharian berpuasa tidak terasa sangat lapar kecuali haus. Sebab sebelum ni waktu siang memang consume banyak air minum kan. Start puasa kena tukar rutin pulak. Yang penting cukup 3 liter sehari. Jadi perlu masa juga untuk serasikan dengan jadual minum air yang baru.
Sis Gojes, Abam Sado yang nak cuba 3 vitamin ni boleh WHATSAPP hakak ye...Ready stock, jangan risau.

================================================================================
MARIANI MOHAMAD
+6011-2505 5081
================================================================================

ESP

1. Mengoptimumkan penyerapan nutrien lain
2. Membekalkan tenaga berpanjangan, kurang rasa lapar even berpuasa!
3. Merangsang pembentukan semula kulit dan otot, mengurangkan kedutan, kulit terasa lembut hanya selepas 2 minggu mengunakannya.
4. Mengembalikan keserian kulit dan kepejalan otot.
5. Tiada pengawet, perasa, pemanis tiruan, rasa asli soya dan vanilla
6. 1 hidangan ESP bersamaan 2x daging, 4x telur, 12x susu rendah lemak
7. Tiada asid urik



LECITHIN

1. Menyerap vitamin larut lemak- A,D, E dan K.
2. Menghalang enapan lemak dihati
3. Memecahkan lemak dan kolestrol, ‘membersih’ salur darah, pengambilan tambahan dapat mengemulsi dan membantu metabolisme lemak, kolestrol dan trigliserid dalam tubuh
4. Pengambilan yang banyak dapat mempercepatkan pembakaran lemak untuk kesan pelangsingan seimbang
5. Mencantikkan otot dan kulit, melembap dan menghaluskan kulit, mengaktifkan metabolism sel dan melambatkan penuaan
6. Meringankan sembelit, meleraikan toksin dalam usus.


HERB-LAX

1. Membersihkan najis yang tersekat/ tersimpan lama dlm tubuh
2. Merangsang usus utk mempercepatkan proses pembersihan secara lembut
3. Membantu masalah sembelit
4. Melawaskan pembuangan air besar.


Monday, 6 June 2016

Persiapan raya 2016 (1 ramadhan 1437h)

Assalamualaikum...

Dah masuk bulan Ramadhan 1437h. Selamat berpuasa kepada semua muslimin & muslimat. Semoga kita diberi kemudahan dalam menjalankan amal ibadat kita di bulan yang mulia.

Macamana dengan persiapan raya anda ??? Nak juga kan, puasa baru sehari, dah citer persiapan raya. Dasar perempuan...hehhehe...Salah ke tanya persiapan raya? Bagi saya tak lah.normal la kita perempuan nak-nak lagi isteri & ibu. Macam saya, raya pertama 2015 lagi saya dah terfikir nak tema apa untuk 2016. Nampak tak betapa excitednya saya???

Tahun ni macam raya yang sebelumnya, persediaan raya ala kadar sahaja. Baju raya 2 pasang pun dah cukup. Nak baju raya banyak-banyak buat apa? Dah yang penuh 1 almari tu tak boleh pakai ke? Saya tinggal di Miri, satu masalah yang saya hadapi ialah kurengnya kedai menjual kain di Miri. Bukan tak ada, ada tapi...haaaa tengok tu ada tapi lagi kan....kain yang ada tak memenuhi citarasa saya. Saya cari kain yang MURAH, CANTIK, SELESA. OK murah yang pertama. Jadinya bila ada peluang balik kampung (kampung saya di Sabah) saya ambik kesempatan untuk beli kain awal-awal. Tapi ya la, beli awal mood raya tak ada lagi jadi pilih ja la mana yang berkenan. Jadi, cuti sekolah bulan MEI saya minta tolong anak buah suami yang kerja di KK untuk belikan kami kain. Kebetulan ada SALE JAKEL ok...saya ni dah macam anakbuah jakel...bila ada sale, mo terbang p jakel rasanya. dari dulu saya suka beli kain di jakel. mahal? saya beli time S.A.L.E ok...mahal apa RM5.90 semeter?

Bulan 2 hari tu kami sekeluarga balik kampung jadi dapatlah grab 2 pasang kain untuk anak-anak. Untuk saya? tak ada. k utamakan anak-anak dulu. Dah dekat bulan 5 baru saya terfikir nak beli kain lagi. Raya bulan 7 ok. kalau ikutkan toiler taknak terima kain dah bulan 5-6 macam tu. ada pun mungkin tak ramai. tapi saya tak risau sebab saya jahit baju raya kami sendiri. jadi takde hal beli kain bulan 5 ke bulan 6 ke.Penjimatan memang banyak disitu.

Kuih raya? Ni yang excited ni. Anak-anak dah umur 4 & 5 tahun. Awal-awal lagi saya dah bagitau diorang yang puasa tahun ni, kami gotong royong buat kuih raya. Mesti korang heran kan 4 & 5 tahun, apa la sangat yang dorang faham kan. Pandai ke uli doh? helllo...saya ajak gotong royong jadi banyak apa kerja yang anak-anak saya boleh buat. pecahkan telur, tuang tepung, tuang gula, terap biskut...tak pun bagi je seketul doh, tau la dorang buat...hehhehheh. Berapa jenis kuih raya? tu tak pasti tapi saya target dapat buat 5 jenis dah kira ok. Nanti nak bagi separuh pada mertua & family di felda.

Balik kampung??? Kami dah berpuasa di perantauan (perantau lah sangat, Miri). Jauh dari family kan...tanya balik kampung ke hidok???mestilah balik. cumanya kena bagi masa balik kampung mertua (ranau), kampung family (felda sahabat). Dah jodoh macam tu jadi balik kampung pun tang tu la juga.Yang penting dapat bersama family masing-masing. adil kan...

Baju raya, kuih raya, balik kampung...heee tak sabar nau rasanya...saya tak post gambar k, dah raya baru post...surprise lah kunun...

Jadi cerita persiapan raya anda, macamana pulak? share lah yer....

SELAMAT BERPUASA 2016

Walau tangan tak salingberjabat
Mata tak saling memandang
Suara tak saling terdengar
Kenal tak saling menyapa
Di bulan suci Ramadhan ini saya ucapkan maaf
Selamat berpuasa..

Cinta datang dari mata ke hati
Kasih sayang datang dengan perasaan
Dari hatiku yang terdalam ku ucapkan Maaf
Selamat berpuasa

12 bulan selama setahun
11 bulan kita makan siang dan malam
1 bulan-nya wajiblah kita puasa
Dibulan suci ramdhan ini tak ada salahnya saling memaafkan
Agar puasa kita penuh dengan keihklasan
Selamat menunaikan ibadah puasa

Membuka hati dapatnya cinta
Membuka fikiran dapatnya ilmu
Membuka mata, mencari reski
Selamat menunaikan ibadah puasa

Bumi Gersang tanpa hujan
Akal gersang tanpa ilmu
Jiwa gersang tanpa amal
Hati gersang tanpa iman
Marhaban ya ramadhan
Selamat menunaikan ibadah puasa

Melihat segalanya dengan hati bersih
Tanpa mengharapkan pujian pada sesama
Semoga jadi ramadhan yang berkah
Berdoa mengharap isqamah di jalan Allah SWT
Selamat menjalankan ibadah puasa

Selamat datang bulan suci ramadhan
Namamu selalu di hati
Kehadiranmu selalu di tunggu
Dan kepergianmu selalu di tangisi
Selamat menjalankan ibadah puasa ya..

Mencuci tangan di pinggir sungai
Pohon serumpun sangat indah di tepiannya
Bulan suci ramadhan telah tiba
Mohon maaf atas semua kehilafanku

Jika fikiran sejernih embun janganlah kau biarkan ia ternoda
Jika jiwamu seputih salju janganlh kau biarkan ia kering
Jika iman setinggi langit bingkailah dgn ketaqwaan
Di bulan suci ramadhan ini saya ucapkan maaf atas segala kesalahanku
Agar bulan ini penuh dengan keihklasan..

Bulan suci ramadhan ini semoga Allah jadikan puasamu ceria
Hati yan terpelihara
Hidup yang Bahagia
Ibadahmu meberi kberkahn 
Reski di tambah dan ditutup pntu Neraka
Selamat Menjalankan ibadah puasa