Assalammualaikum...
Hai semua...sihat tak? Hebat tak hari ni? Sihat ja tapi tak hebat tak boleh tau...kena sihat & hebat...
K hari ni aku nak share apa yang aku buat kelmarin. Aku memang suka menjahit. Aku menjahit untuk anak-anak ku. Jadi time kami balik Sabah, aku ambil kesempatan untuk membeli 3 pasang kain. Salah satu kain tu aku plan nak jahitkan telekung untuk anak-anak ku.
Dimana aku beli kain? Di KAMDAR...first time tau aku datang Kamdar beli kain. Sebelum ni aku beli kain di Jakel @ kedai di Jalan Segama ja. Pengalaman pertama aku di Kamdar, kain ok banyak pilihan, layanan pun ok tapi mungkin kami datang seawal jam 10 pagi jadi pekerja kurang. Aku terpaksa tunggu giliran hanya untuk minta gunting kain ja. Lebihnya disitu, kita ada banyak masa untuk memilih kain.
Aku beli kain LYCRA biasa ja, RM8.50 semeter, bidang 60 dan diskaun 10% sempena Deepavali. Ok la kan ada diskaun, kira murah tu. Tapi kalau up lagi diskaun mesti lagi murah kan..hehehheeh. Untuk telekung anak, aku cuma perlukan 2.5m kain sahaja. Pandai-pandai ja aku agak kan, sedangkan aku tak tau cukup ka tidak kain tu...hahahhahaha
Bila balik Miri, aku pun apalagi, mulakan lah misi menjahit...k tengok gambar ja ya, hasilnya bolehlah anak pakai ikut solat...
Semoga anak-anak kita sentiasa diberkati oleh Allah S.W.T. Kalau tidak sekarang bila lagi kita mo dekatkan anak-anak kita kepada-NYA kan?
Salam sayang untuk anda...bubui...
No comments:
Post a Comment