Wednesday, 18 November 2015

DID YOU KNOW : APA ITU KRISIS PEMULIHAN ???


Assalammualaikum...



APA ITU KRISIS PEMULIHAN ???

Sesetengah orang akan melalui jangkamasa penyesuaian apabila mula mengambil vitamin makanan tambahan. Simptom-simptom ini kelihatan seperti PENYAKIT, tetapi sebenarnya TIDAK. Ianya adalah TINDAK BALAS OLEH TUBUH kita kerana kekurangan khasiat disebabkan tabiat pemakanan kita. Apabila makanan berkhasiat dibekalkan dengan mengejut oleh makanan tambahan, krisis pemulihan terjadi.

Sewaktu jangkamasa penyesuaian, ada kemungkinan PENYAKIT-PENYAKIT YANG PERNAH DILALUI tubuh kita dahulu akan TIMBUL KEMBALI. Biasanya ia akan terjadi untuk beberapa hari. Walau bagaimanapun, tubuh yang lemah akan MENGAMBIL MASA yang lebih lama untuk pulih.

Keadaan ini disebabkan OLEH TOKSIN YANG TERTIMBUN didalam tubuh kita untuk jangkamasa yang lama. Sisa-sisa, makan berkimia, lemak dan tekanan ditambah dengan diet tak seimbang, kurang tidur, antibiotic atau pengambilan ubat-ubatan. Vitamin makanan tambahan membantu meningkatkan system imun kita, kebolehan detoksifikasi serta pengawalan organ-organ kita.

Pada waktu detoksifikasi ini, ada kemungkinan pening, kelesuan, sakit kepala, ketidakhadaman (perut kembung, lapar), cirit-birit, kahak berlebihan, kencing yang keruh, berasa hangat, berpeluh dan lain-lain. Simptom-simptom ini BERBEZA ANTARA INDIVIDU dan akan berlalu dalam 1-2 minggu.

Diwaktu jangkamasa krisis pemulihan ini, minumlah banyak air bersih, rehat secukupnya dan makanlah lebih sayuran dan buahan. Selagi mana kita MEMAHAMI ini adalah symptom pemulihan, kita akan mudah melalui fasa ini.

No comments:

Post a Comment