Assalammualaikum...
Hai semua...sihat dan hebat kan...
Hari ni aku share cerita kami 2 jam lebih di UMW Toyota, Miri...Bagi yang ada anak kecil, 1 jam duduk di satu tempat seperti Pusat Servis Kereta adalah saat yang menggerunkan. Inikan pulak 2 jam k. Lumrah anak kecil, tak boleh nak duduk diam...asyik bermain, berkejar, nak makan, nak susu, nak p toilet...kalau seorang takpa tapi kalau dua orang? adui...gerun...gerun...
Sebelum ni aku tak pernah terfikir nak ikut laki aku p servis kereta tau. Sebab? ha seperti yang diatas. Aku lagi senang tunggu dirumah daripada anak aku tak selesa di pusat servis kereta. Tapi ntah kenapa, hari ni aku tergerak hati nak bawa anak aku ikut sama.
Dijadikan cerita, kami sampai di UMW Toyota, Miri pada pukul 9.45 pagi. Selepas daftar masuk kereta, kami pun duduk di ruang menunggu. Mengikut resit yang diberikan kepada kami, jangka masa siap servis adalah pada pukul 12.00 tengahari. Mak oii aku dah pening kepala. Nak tunggu 2 jam tu...
Tapi yang bestnya, di ruang menunggu ada disediakan minuman panas segera teh, milo & nescafe. Disatu sudut yang lain disediakan juadah kuih muih untuk sarapan. Kami bersarapan di UMW Toyota, rezeki kan...syukur...
Dan tiba-tiba muncul clown dengan belon-belonnya. Semua budak yang ada di sana diberikan belon yang pelbagai rupa. happy tak happy budak-budak ye Temah...Mak budak pun happy sama...anak-anak aku main belon sambil menonton tv, ada tv juga diruang menunggu tau...betul tak boring...
Yang lagi bestnya, ada kid's corner juga. Lepas sarapan aku pun bawa anak-anak bermain di kid's corner. Laki aku ada juga tapi dia tengok-tengok kereta. Nama pun lelaki, mesti minat kereta kan...Manalah tau rezeki tuhan bagi, boleh miliki kereta Toyota kan sebijik...aamiin...
Jam menunjukkan pukul 11.30 pagi. Tapi anak-anak masih lagi cergas bermain. Laki aku gantikan aku tengok anak-anak. Aku p ambil makanan untuk lunch...ambil dimana? UMW Toyota sediakan tau...breakfast disediakan, lunch pun disediakan...Temah..Temah syukur...rezeki lagi...kalau dinner pun disediakan lagi WOW...hahhahahah...dah bagi betis nak paha pulak...
Selesai lunch, kereta masih belum siap servis lagi. Jam dah pukul 12.00 tengahari ni. Kami duduk di ruang menunggu. Datang lagi seorang staff perempuan. Dia bagi set mewarna dan kertas kepada anak-anak...happynya anak-anak. Aku temankan anak-anak mewarna sementara laki aku p solat. Surau pun selesa k. Dekat pukul 12.40 juga baru kereta siap servis. Selesai membuat pembayaran kami pun pulang.
Pulang dengan senang hati. Puas hati sangat dengan layanan UMW Toyota, Miri. Sampai rumah masing-masing dah penat jadi masa untuk rehat....bubui...
No comments:
Post a Comment