Assalammualaikum...
Bertunang? Bukan aku ada dua anak sudah ka?...haahhaha....gempak ja kan tajuk...
Tak la, hari ni adalah Ulangtahun Pertunangan ku dengan suamiku yang ke 6 tahun...alhamdulillah...Tuhan panjangkan jodoh kami sehingga selamat diijab kabul dan diberikan rezeki dua anak-anak penyejuk hati & mata kami. In Shaa Allah akan ada anak-anak lagi, kalau Tuhan izinkan...aamiin...
Alah dah kawin buat apa nak ingat tarikh tunang lagi, ya tak? Ada tak yang tanya macam tu? Hello...nama pun perempuan, otak perempuan diumpamakan hard disk 1000000G. Setakat nak ingat tarikh moment-moment penting yang memberi impak dalam hidup memang takkan dilupa...sedangkan tarikh lahir kucing pun aku boleh ingat ni lagi tarikh aku bertunang kan...
Bezanya sekarang aku boleh tolak ansur dengan laki aku, nak celebrate macamana. Nak minta bawa jalan p pantai ka, p mall ka, p restoran ka aku tak kisah. Makan malam di rumah pun aku tak kisah. Aku just nak kami ingat tarikh kami mula direstui oleh kedua pihak keluarga kami. Pertunangan adalah langkah pertama kami menuju ke alam rumahtangga dan RESTU orang tua adalah sangat penting.
Tau tak kenapa aku tak kisah nak celebrate kat rumah? heheheeheeh...adalah...tunggu 14/12/2015 nanti...aku bagi tau...sekarang layan je gambar ya...