Friday, 1 April 2016

MONYET DAN IKAN

Kisah Monyet dengan Ikan
Pada satu hari sedang seekor monyet memanjat sebatang pokok yang tepinya tebing sungai... Terdengarlah suara seekor ikan menjerit meminta pertolongan.
Ikan : Tolong, tolong saya... Air ini sangat deras dan depan sana ada tebing. Tolong la aku.
Monyet : Bagaimana aku boleh menolong kamu?
Ikan : Selamatkan aku dari jatuh tebing.
--------------------------------
Adakah anda rasa monyet patut selamatkan ikan itu?
Apa akan terjadi jika monyet tak selamatkan ikan?
Ya ia nampak macam kejam kan? Tapi sedar tak, ikan itu hidupnya di dalam air. Maka ia pasti akan survive dan ia menjadikan ikan itu lebih mahir berenang.
Apa pula akan jadi jika monyet itu selamatkan si ikan tadi?
Ya ikan akan mati. Jika si monyet cuba selamatkan si ikan dari jatuh tebing sebenarnya monyet itu telah cuba membunuhnya. Hakikatnya ikan memang lumrah hidupnya dalam air.
---------
Balik kepada kisah bisnes Shaklee kita.
Adakala kita ingat dengan niat nak " tolong" boleh selamatkan keadaan tanpa kita sedar kita membunuh potensi downline untuk berkembang.
Oleh kerana itu saya sendiri tak pecahkan harga promo kepada downline saya kerana saya tak nak membunuh anak didik saya sendiri.
Setiap kita perlu tempuh cabaran perniagaan dan dari situ membentuk keyakinan diri, kematangan, kemahiran tanpa kita sedar.
Leader yang berjaya adalah leader yang mampu melahirkan ramai sid yang independent dan maju jaya bukan melahirkan sid yang bergantung pada leader dan akhirnya tak ke mana pun.
Berniaga adalah satu tarbiah, jika berniaga membuatkan kita banyak kepada dunia maka sesungguhnya kita tergolong dalam golongan yang rugi. Berniaga sepatutnya mendekatkan diri kita pada Allah kerana kepada Allah kita akan kembali.
Semoga kita tergolong dalam golongan yang beroleh kemenangan yang besar dunia dan akhirat.
Cuba renung-renungkan dan selamat beramal!

No comments:

Post a Comment