Friday, 1 April 2016

SAYA TAK PUTUS ASA DENGAN SHAKLEE

Kenapa saya tak give up dengan Shaklee?
Saya juga seperti orang lain... Langit tak selalu cerah. Adakala mendung berarak dan adakala hujan bertandang.
Ujian sentiasa ada tapi saya cuma pegang .. Ujian tak kekal lama. Ia hanya untuk menguatkan jiwa.
Mengapa saya bertahan dgn Shaklee?
Sebab saya dah rasa kebaikannya.
Saya amalkannya dan saya rasa perbezaannya.
Saya pilih untuk berniaga kerana 2 perkara:-
1. Membantu orang juga sihat dan menikmati perbezaan Shaklee.
2. Perniagaan yg mudah dan flexible.
Setiap kali ada bisikan untuk give up saya akan kenang :-
1. Semua benih yg saya tanam. Ya memang ada yg mati, ada yg hidup segan mati tak mahu dan ada yang subur dan segar. Namun saya yakin dengan usaha dan tawakal pada Allah, saya mampu tanam benih baru menggantikan yg rosak berbanding saya biar semua benih rosak dan saya rugi masa yg saya lakukan sebelum ini.
2. Saya dh janji nak jaga anak2 saya. Maka saya taknak diuji kerana tak menepati niat dan janji pada anak2.
3. Saya ada tanggungjwb pada mak saya walau bukan jatuh hukum wajib tapi saya nak balas jasa mak kerana besarkan kami adik beradik dengan penuh sabar dan kasih sayang.
4. Saya taknak hampakan downline dan customer saya kerana dengan ilmu yg saya perolehi saya berhajat untuk mendidik mereka juga.
5. Hajat anak2 saya nak melihat dunia. Saya usaha berdikit2 duit utk bawa anak melihat dunia.
Jadi saya teruskan sampai hari ini.
Apa yang saya buat?
Saya banyakkan solat dhuha dan solat hajat agar Allah hantarkan rezeki Shaklee pada kami walau di mana sahaja kami berada.
Saya banyakkan mengaji dan zikir.
Saya teruskan training dan meeting kerana mahu meninggalkan ilmu slps mati.
Saya terus berkongsi kebaikan shaklee dgn ramai org dan banyak medium.
Ya , anda juga boleh jd macam saya malah lebih hebat jika anda tahu:-
Tanggungjawab anda
Amanah yg dipikul
Memimpin diri sendiri.
So kenapa nak lepaskan ladang yg kalian semai sebelum ini?
Kenapa tak minta pada Allah dgn bersungguh?
Sesungguhnya Allah jua yg memegang segala PERBENDAHARAAN LANGIT DAN BUMI.
Maka bangkit la! Bangunkan diri dan ummah!
Allahu akhbar!

MONYET DAN IKAN

Kisah Monyet dengan Ikan
Pada satu hari sedang seekor monyet memanjat sebatang pokok yang tepinya tebing sungai... Terdengarlah suara seekor ikan menjerit meminta pertolongan.
Ikan : Tolong, tolong saya... Air ini sangat deras dan depan sana ada tebing. Tolong la aku.
Monyet : Bagaimana aku boleh menolong kamu?
Ikan : Selamatkan aku dari jatuh tebing.
--------------------------------
Adakah anda rasa monyet patut selamatkan ikan itu?
Apa akan terjadi jika monyet tak selamatkan ikan?
Ya ia nampak macam kejam kan? Tapi sedar tak, ikan itu hidupnya di dalam air. Maka ia pasti akan survive dan ia menjadikan ikan itu lebih mahir berenang.
Apa pula akan jadi jika monyet itu selamatkan si ikan tadi?
Ya ikan akan mati. Jika si monyet cuba selamatkan si ikan dari jatuh tebing sebenarnya monyet itu telah cuba membunuhnya. Hakikatnya ikan memang lumrah hidupnya dalam air.
---------
Balik kepada kisah bisnes Shaklee kita.
Adakala kita ingat dengan niat nak " tolong" boleh selamatkan keadaan tanpa kita sedar kita membunuh potensi downline untuk berkembang.
Oleh kerana itu saya sendiri tak pecahkan harga promo kepada downline saya kerana saya tak nak membunuh anak didik saya sendiri.
Setiap kita perlu tempuh cabaran perniagaan dan dari situ membentuk keyakinan diri, kematangan, kemahiran tanpa kita sedar.
Leader yang berjaya adalah leader yang mampu melahirkan ramai sid yang independent dan maju jaya bukan melahirkan sid yang bergantung pada leader dan akhirnya tak ke mana pun.
Berniaga adalah satu tarbiah, jika berniaga membuatkan kita banyak kepada dunia maka sesungguhnya kita tergolong dalam golongan yang rugi. Berniaga sepatutnya mendekatkan diri kita pada Allah kerana kepada Allah kita akan kembali.
Semoga kita tergolong dalam golongan yang beroleh kemenangan yang besar dunia dan akhirat.
Cuba renung-renungkan dan selamat beramal!