Sunday, 11 October 2015

SANTAI : RIADAH DI PANTAI ESPLANADE MIRI

Assalammualaikum semua.....

Nak tanya ni, hujung minggu baru ni ada bawa family keluar jalan-jalan tak? Kami macam biasalah, hujung minggu lah masa untuk menggembirakan hati dua anak kami tu. Mana taknya, 5 hari seminggu terperuk di rumah ja kan.

Tapi keluar jalan tak semestinya bawa ke mall ya...kalau iman tu kuat, disiplin tu kuat, tidak cepat tergoda dengan SALE sana SALE sini ok lah. Kalau macam aku, angkat tangan awal-awal...memang tak terkawal ya dik..hahhahah...nama pun pompuan...

Jadi kami pun bawalah dorang beriadah di Pantai Esplanade Miri... Petang-petang memang ramai orang datang sini. Nak parking kereta pun ambil masa juga pusing-pusing tau. Dah banyak kereta kan, parking lot penuh kot...

Lepas parking, kami cari port untuk anak-anak ni main pasir. Tahun depan anak nak masuk tadika, ada orang cakap bagus bagi anak main pasir untuk kuatkan tangan dan jari-jemari pegang pensel nanti. Aku tak tau betul ke tak tapi dah anak suka main pasir kan...ikut je la...

Jom layan aktiviti riadah kami, gambar tak banyak sebab lepas main pasir, layan anak mandi laut...





Tu la cerita kami hujung minggu ni...sekian...

No comments:

Post a Comment