Berniaga sebenarnya membentuk keyakinan yg kuat pd Allah.
Rezeki berniaga ini hanya Allah sahaja yg tahu.
Namun kita dimaklumkan cara MENJEMPUT REZEKI.
Jemputlah dengan
- Solat Dhuha
- Mengaji
- Berzikir
- Solat hajat
- Bersedekah
Ada orang tanya, salah ke saya solat Dhuha dan solat hajat dengan niat mohon perniagaan laris?
Jawapannya salah meminta pada makhluk tetapi tak salah minta pada Allah!
Allah ya Wahhab - Yang Maha pemberi!
Allah memberi apa yang kita perlu bukan apa yang kita mahu.
Apa yang kita perlu-
Ada kalian tulis apa yang kalian perlu?
- Ya Allah saya nak bawa ahli keluarga saya menunaikan umrah. Maka berikan saya rezeki Shaklee yang hebat kerana saya perlu tunaikan niat saya ini.
- Ya Allah saya nak beri sedekah sekian3 pada rumah anak yatim. Maka berikan saya rezeki Shaklee yang hebat kerana saya perlu tunaikan hak ke atas mereka.
- Ya Allah saya nak berikan yang terbaik buat keluarga saya. Maka berikan saya rezeki Shaklee yang hebat kerana saya perlu tunaikan niat saya pada anak dan keluarga.
- Ya Allah saya teringin nak beli rumah untuk keluarga saya. Maka berikan rezeki Shaklee yang hebat kerana saya perlu membayar ansuran bulan dengan baik.
Banyak aje boleh minta kerana Allah Maha Pemberi.
Allah yang menjaga rezeki kita, maka berniaga perlulah yakin pada Allah. Jangan beri orang hutang kerana kelak sendiri macam pengemis menuntut hutang.
Bila minta bantuan upline sideline jangan lupa tambahkan ukhwah dengan ikhsan. Jika minta tlg mereka pos bayarlah lebih kenangkan minyak dan masa yang mereka peruntukan. Jika sampul RM6 bayarlah RM10 kerana Allah suka pd mereka yang punya ikhsan pada makhluk.
Orang yang banyak ikhsan pada makhluk rezekinya sangat hebat!
Oh ya jual barang bawah harga ahli itu bukan ikhsan tapi itu menganiaya orang. Elakkan supaya rezeki kita tak diuji dengan kifarah.
So jika anda rasa nak give up atau nak sedih; berkata2lah dengan Allah melalui solat hajat dan mengaji.
Kisah benar saya :
Kelmari ada orang order vitamin dan dah bayar. Saya dh masukkan ke dalam plastik poslaju. Tetiba dia kata nak cancel. So saya redho dan saya pulangkan duit dia semula sebaik sahaja dia cancel.
Ya memang ada rasa sedikit sedih tapi saya cepat2 berkata2 dengan Allah.
Ya Allah rezekiku ditanganMu, gantikanlah rezeki yg pergi ini dgn yg lebih baik.
Aku perlu jual semua vitamin ini sebelum expired. Tolonglah ya Allah!
MasyaAllah, esoknya saya dpt jual 4 botol vitamin yang sama!
Allah akan beri bila kita minta dengan yakin.
So sbnrnya Shaklee ini adalah satu bisnes yg unik utk semua.
Allah takkan aturkan pertemuan kita dengan sia-sia!